BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 3, 2011

PeRaRaKan MauLIdUr RasUL kAriAh aSAhAN

                   Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Hari ini pada 4/3/2011 bersamaan 29 Rabiulakhir telah     berlangsung Perarakan Maulidur Rasul bagi Kariah Asahan yang memakan dalam 800 meter jarak perjalanan. Perarakan ini    telah bermula dari Sekolah Kebangsaan Asahan dan tamat di Masjid Al-Bukhari Asahan. Walaupun Maulidur Rasul telah lama berlalu,, namun kemeriahan Perarakan Maulidur Rasul masih terasa. Perarakan Maulidur Rasul lambat dibuat kerana YB Datuk Haji Ghaafar menunaikan Umrah dan beliau sangat berhajat untuk menyertainya sekali. 

Perarakan ini terdiri daripada pelbagai kontigen seperti Pertubuhan Anak-anak Yatim Daerah Jasin, Akademik Sime Darby, Majlis Sukan Negara, Umno Cawangan Asahan, JKKK Asahan, Persatuan Silat Kota Sindeng, dan beberapa kontigen lagi. Selepas perarakan, acara diserikan oleh Penceramah Imam Muda dari Tangkak yang menarik perhatian orang ramai. Pada majlis itu, Datuk YB Haji Ghaffar Atan turut menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas. Jom kita lihat gambar-gambar sepanjang perarakan Maulidur Rasul..

Kontigen Dari Majlis SuKan Negara
Perarakan ini turut disertai Datuk Yb Hj Ghaffar



Kontigen dari Taman Seri Asahan
Nyanyian Dari Pelajar Sime Darby

No comments:

Post a Comment